Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Saksi Majlis Serah Terima Tugas Pjp Sarawak Baharu

Published: 18 Feb 2020 10.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuching, 18 Februari 2020 – Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis Sarawak (PJP) di antara CP Dato’ Ramli Haji Din dengan penggantinya, CP Dato’ Aidi Ismail di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak (IPK), di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-saksi-majlis-serah-terima-tugas-pjp-sarawak-baharu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:10 MYT

Kuching, 18 Februari 2020 – Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis Sarawak (PJP) di antara CP Dato’ Ramli Haji Din dengan penggantinya, CP Dato’ Aidi Ismail di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak (IPK), di sini, pagi tadi.

Dato’ Ramli bersama Dato’ Aidi yang merupakan bekas Ketua Polis Terengganu, masing-masing dinaikkan ke jawatan dan pangkat baharu dalam satu arahan pertukaran oleh pucuk pimpinan Pasukan, baru-baru ini.

Berucap dalam majlis tersebut, Dato’ Pahlawan Mazlan yakin Dato' Aidi mampu meneruskan legasi kecemerlangan kontinjen Sarawak ke tahap yang lebih tinggi.

"Saya yakin, Dato’ Aidi mampu untuk memberikan impak yang besar dalam meneruskan kecemerlangan ini.

"Berbekalkan pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki, khususnya semasa memegang tampuk pimpinan negeri Terengganu, tanggungjawab baharu ini pastinya “alah bisa, tegal biasa” kepada beliau," ujar Dato' Pahlawan Mazlan.

Turut berlangsung dalam majlis yang sama ialah Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Sarawak di antara penyandangnya, Datin Fauziah Md. Khalis dengan suri kepada Dato' Aidi, Datin Raja Asuadat Raja Muda.

Majlis serah terima tugas PERKEP kontinjen itu disaksikan Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Farihah Mohd Zamri.

Hadir sama, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil merangkap Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis, Dato' Seri Mortadza Nazarene, Timbalan PJP Sarawak, DCP Dato' Dev Kumar M.M Sree dan isteri, barisan Ketua Jabatan IPK Sarawak, Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am, SAC Dato' Khaw Kok Chin dan rakan-rakan media.

Sumber: Polis Sarawak

Timbalan Kpn Saksi Majlis Serah Terima Tugas Pjp Sarawak Baharu

Image may contain: 1 person, standing

Image may contain: 3 people, people standing

Image may contain: 4 people, outdoor

Image may contain: one or more people, people standing, sky and outdoor

Image may contain: 7 people, people standing and outdoor

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor

Image may contain: 8 people, people standing and outdoor

Image may contain: 1 person, on stage, standing and outdoor

Image may contain: 12 people, outdoor

Image may contain: one or more people, people standing, sky and outdoor

Image may contain: 4 people, people standing and outdoor

Image may contain: 3 people, indoor

Image may contain: 13 people, people sitting

Image may contain: 2 people, people standing, child and indoor

Image may contain: 3 people, people sitting, child and indoor

Image may contain: 3 people, people standing

Image may contain: 3 people, people standing

Image may contain: 3 people, people standing and indoor

Image may contain: 15 people, people standing
ArticlePublished 18 Feb 2020 10.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM