
Article
Timbalan Kpn Saksi Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jpjkk
Kuala Lumpur, 23 Februari 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Razarudin Husain hari ini menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan...
Kuala Lumpur, 23 Februari 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Razarudin Husain hari ini menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) di antara Pemangku Pengarah, DCP Dato’ Dr. Mustafa Khan Abdul Samat dengan penyandang baharu, CP Dato’ Aidi Ismail di Dewan Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, petang tadi.
Timbalan KPN dalam ucapannya merakamkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Aidi Ismail atas pelantikan beliau sebagai Pengarah JPJKK yang baharu.
"Kredibiliti dan pengalaman luas dalam dunia kepolisan yang dimiliki oleh Dato’ Aidi semasa menyandang pelbagai jawatan penting seperti Timbalan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), Ketua Polis Terengganu dan Pesuruhjaya Polis Sarawak, melayakkan beliau diangkat untuk menggandar amanah ini," tambah Timbalan KPN.
Turut berlangsung dalam majlis yang sama ialah Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JPJKK antara Datin Nor Hamiah Abdul Hamid Hasani dan Datin Raja Asaudat Raja Muda dengan disaksikan oleh Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Zainah Othman.
Hadir sama, Pengarah JLog, CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan dan barisan pegawai kanan polis.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Afiq Aizat Kamarudin dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini