Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Rasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kgt Pdrm Ke 36

Diterbitkan: 28 Dec 2023 6.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 28 Disember 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) selaku Timbalan Presiden Kelab Golf Titiwangsa (KGT) Polis Diraja Malaysia (PDRM), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan KGT PDRM ke-36 di Dewan Tun Hanif, di sini pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-rasmikan-mesyuarat-agung-tahunan-kgt-pdrm-ke-36
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:03 MYT
Kuala Lumpur, 28 Disember 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) selaku Timbalan Presiden Kelab Golf Titiwangsa (KGT) Polis Diraja Malaysia (PDRM), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan KGT PDRM ke-36 di Dewan Tun Hanif, di sini pagi tadi.

Kehadiran Dato’ Sri Ayob Khan telah disambut oleh Ketua Polis Selangor merangkap Naib Presiden (Eksekutif) KGT PDRM, CP Dato’ Hussein Omar Khan bersama Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman merangkap Kapten KGT PDRM, SAC Datuk Mohd Sukri Kaman.

Dalam ucapannya, Dato’ Sri Ayob Khan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengurusan Tertinggi KGT PDRM yang sentiasa proaktif dan berusaha memastikan kelancaran tadbir urus kelab.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Naib Presiden (Eksekutif) KGT PDRM terdahulu, CP Dato’ Sri Yahaya Othman (kini Ketua Polis Pahang) dan Kapten (Bersara) Amri Ab Rahman atas segala jasa yang dicurahkan sebelum meletak jawatan pada Oktober 2022.

“Dato’ Sri Yahaya dan Kapten Amri telah berjaya membuktikan kebolehan masing-masing semasa menerajui pengurusan KGT PDRM khususnya ketika krisis kesihatan melanda negara akibat penularan wabak COVID-19 yang merencatkan pengurusan kelab,” ucap beliau.

Tambah Dato’ Sri Ayob Khan, beliau turut berbangga dengan Pengurusan Tertinggi KGT PDRM yang berjaya menangani segala isu dan permasalahan berbangkit secara profesional, selain membuat penambahbaikan demi kepentingan semua ahli kelab.

“Ketua Polis Negara (IG Tan Sri Razarudin Husain) selaku Presiden dan saya secara peribadi sentiasa memberi sokongan padu ke atas segala usaha murni Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kelab dalam membuat penambahbaikan yang bermanfaat kepada semua ahlinya,” ujar beliau lagi.

Seusai ucapan, Dato’ Sri Ayob Khan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan KGT PDRM ke-36 yang kemudian dipengerusikan oleh Dato’ Hussein.
Turut hadir, barisan Ahli Jawatankuasa KGT PDRM.

Jurugambar: PDRM RMP TV.

May be an image of 15 people and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 1 person, golfing and text that says 'MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KF-36 KELAB GOLF TITIWANGSA PDRM DEWAN TUN HANIF DISEMBER 28 KELAB GOLF TI

May be an image of 5 people

May be an image of 4 people, people studying and crowd

May be an image of 6 people, people studying and text

May be an image of 4 people, people studying and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 8 people

May be an image of 4 people
ArtikelDiterbitkan 28 Dec 2023 6.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM