Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Rasmi Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat Pdrm

Diterbitkan: 10 Oct 2024 7.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 10 Oktober 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay merasmikan Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-rasmi-sambutan-bulan-kaunseling-kebangsaan-peringkat-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:08 MYT

Kuala Lumpur, 10 Oktober 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay merasmikan Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Ketibaan Timbalan KPN sekitar jam 11.00 pagi tadi disambut oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Sri Azri Ahmad di lobi Menara 1, Bukit Aman dengan diiringi Timbalan Pengarah Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA), JIPS Bukit Aman, DCP Datuk Azhan Abdul Halim.

Berucap dalam majlis tersebut, Timbalan KPN berharap setiap warga PDRM akan mengambil peluang untuk mendekati dan memahami pentingnya perkhidmatan kaunseling dalam menyokong tugasan harian.

“PDRM komited untuk menyediakan persekitaran yang positif dan menyokong kesihatan emosi, malah usaha ini akan terus diperkukuhkan melalui inisiatif yang kita laksanakan pada hari ini”, ujar beliau lagi.

Sambutan Bulan Kaunseling Peringkat PDRM yang bertemakan “Tekad Empati, Sejahtera Insani” turut mengadakan beberapa reruai di ruang legar Menara 1 yang boleh dikunjungi oleh warga Bukit Aman antaranya Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Bahagian Agama dan Kaunseling, JIPS Bukit Aman dan jualan buku serta makanan.

Dalam majlis yang sama, Timbalan KPN turut merasmikan Pelancaran Buku Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia PDRM yang bakal menjadi sumber rujukan para kaunselor khususnya dalam kalangan warga PDRM supaya mengikuti piawaian perkhidmatan psikologi yang lebih tersusun dan efektif.

Terdahulu, telah berlangsung Forum Kesihatan Mental yang mengetengahkan tajuk ‘Hakikat atau Sandiwara’ dengan menampilkan dua orang panel jemputan iaitu dari Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Dr. Hjh. Norazura Ahmad dan Mental Health and Mindfullness Advocate, Dr. Praveena Rajendran. Forum berkenaan telah dikendalikan oleh ASP Muhammad Khudri Sulaiman daripada BAKA Bukit Aman yang bertindak sebagai moderator.

Hadir sama memeriahkan majlis, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, DCP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat, barisan Timbalan Pengarah PDRM, Pegawai Kanan PDRM dan Pegawai Psikologi serta Kaunselor PDRM.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 3 people, clarinet, flute, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 1 person, dais and text that says 'tan N LING SAAN 4 KAT MALAYSIA MALAY SIA FC CCCCOD 2024 MENARA1 DIRAJA MALAYSIA AMAN DIRAJAMALAYSIA I

May be an image of 7 people and text

May be an image of 3 people, clarinet, violin, trumpet and oboe

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 2 people and text


ArtikelDiterbitkan 10 Oct 2024 7.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM