Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Rasmi Program Masjid Busyra Zayan Mbaz

Published: 17 Sep 2025 1.51 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Muda, 17 September 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir merasmikan Program Masjid Busyra @ Zayan (MBAZ) yang berlangsung meriah di Masjid Al-Busyra Merbok, di sini, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-rasmi-program-masjid-busyra-zayan-mbaz
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:18 MYT
Kuala Muda, 17 September 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir merasmikan Program Masjid Busyra @ Zayan (MBAZ) yang berlangsung meriah di Masjid Al-Busyra Merbok, di sini, malam tadi.

Ketibaan Tan Sri Ayob Khan sekitar jam 9.20 malam disambut oleh Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Baderulhisham Baharudin bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Busyra, Tuan Imam Ustaz Mohd Firdaus Mat Akhir.

Tan Sri Ayob Khan dalam ucapan perasmian berkata institusi masjid bukan sahaja berfungsi sebagai pusat ibadah, sebaliknya ia adalah pusat ilmu dan pusat perpaduan ummah. Pengimarahan masjid untuk mendidik jiwa, memperkukuh iman serta mengeratkan silaturahim antara ahli kariah, malah turut menjadi pusat komuniti masyarakat setempat.

Tambah beliau, penganjuran program seumpama ini adalah amat bertepatan dengan fungsi masjid serta selari dengan visi barisan Pengurusan dan Jawatankuasa Masjid untuk menjadikan Masjid Al-Busyra Merbok sebagai masjid yang berkonsepkan ‘One Stop Centre’.

Dalam majlis tersebut, Tan Sri Ayob Khan turut meluangkan masa beramah mesra dengan para jemaah selain menyeru kepada semua yang hadir agar bersama memanfaatkan program sebegini bagi menambah ilmu, memperbaiki amalan, meningkatkan keimanan serta memperkukuh jalinan silaturahim.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Parlimen Merbok, Mohd Nazri Abu Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Dawai, Ustaz Haji Hanif Ghazali, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Kedah, SAC Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Tuan Hanyan Ramlan dan para pegawai Polis Diraja Malaysia.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 1 person and text

May be an image of 2 people, saxophone, lighting and text

May be an image of 10 people, lighting and dais

May be an image of 4 people, dais and text that says '미밀고스 @ zayaa Perasmian oleh: Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Ayob Khan bin Mydin Pitcha

May be an image of 4 people, speaker, lighting, dais and text
ArticlePublished 17 Sep 2025 1.51 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM