Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Rasmi Pks 1 86 Pulapol Kl

Diterbitkan: 05 Jan 2026 1.48 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.53 PM
Kuala Lumpur, 5 Januari 2026 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir merasmikan Majlis Perasmian Pertubuhan Kebajikan Skuad (PKS) 1/86 Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur (KL) bersempena Ulang Tahun Ke-40 Skuad Siri 1/86 di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, PULAPOL KL, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-rasmi-pks-1-86-pulapol-kl
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 08:32 MYT
Kuala Lumpur, 5 Januari 2026 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir merasmikan Majlis Perasmian Pertubuhan Kebajikan Skuad (PKS) 1/86 Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur (KL) bersempena Ulang Tahun Ke-40 Skuad Siri 1/86 di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, PULAPOL KL, malam tadi.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Pengerusi PKS, Dato’ Seri Hj. Halim Hj. Ishak bersama timbalannya merangkap Pengelola Majlis Ulang Tahun Ke-40 Skuad 1/86, ACP Razali Mohammed Shahid dari Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.
Berucap dalam majlis yang diadakan, Tan Sri Ayob Khan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala khidmat bakti serta pengorbanan yang telah dicurahkan oleh ahli-ahli Skuad 1/86, sama ada yang telah bersara mahu pun yang masih dalam perkhidmatan.

Beliau juga mengingatkan para hadirin agar terus memegang prinsip integriti dengan menolak sekeras-kerasnya amalan rasuah serta tidak sesekali bersekongkol dengan sindiket jenayah. Mereka juga diseru untuk berani melaporkan sebarang salah guna kuasa atau penyelewengan yang berlaku.

PKS 1/86 telah didaftarkan secara rasmi di bawah Jabatan Pertubuhan Malaysia pada 6 Januari 2021 mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan merupakan persatuan kebajikan skuad polis yang pertama berdaftar secara rasmi. Ia bertujuan untuk menyelaras dan menjamin kebajikan ahli-ahli Skuad 1/86 melalui pelbagai bentuk sokongan, termasuk skim khairat kematian dan bantuan bagi urusan rawatan perubatan, pendidikan anak-anak ahli serta bantuan mangsa bencana alam.

Majlis yang diadakan bukan sekadar sebuah pertemuan semula tetapi merupakan titik tolak kepada pengurusan kebajikan yang lebih tersusun dan sistematik bagi seluruh ahli skuad.

Hadir sama, ahli-ahli Skuad 1/86, barisan bekas jurulatih kawad dan pensyarah PULAPOL KL serta tetamu jemputan.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of ‎one or more people, dais and ‎text that says '‎Peraimian PERTUBUHA PERTUBUHAICDULAPOL N EBAJIKAN SKUAD 1/8 MULAPOL ULAPOL KUALA L

May be an image of one or more people, dais and text that says 'Peraimian PERTUBUHAN/KEBAJIKAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN SKUAD PULAPOL KUALA LU. MALAYSIA 4 2026

May be an image of dais and text that says 'REOINI INION INK 10486 PULAPOL empena K 4202 4 Janu 202 aan anHashim an Hashim ur'

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people and text that says 'ON 86 ジバ'

No photo description available.

May be an image of one or more people

May be an image of one or more people

May be an image of one or more people

May be an image of one or more people

ArtikelDiterbitkan 05 Jan 2026 1.48 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.53 PM