
Article
Timbalan Kpn Rasmi Penutupan Persidangan Persatuan Pegwai Kanan Dan Pegawai Rendah Polis
Cheras, 14 November 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay merasmikan majlis Penutupan Persidangan Agung Pers...
Cheras, 14 November 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay merasmikan majlis Penutupan Persidangan Agung Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP) dan Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja (PPRPD) di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.
Ketibaan Timbalan KPN sekitar jam 9.30 pagi itu disambut oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim dengan diiringi Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato’ Pahlawan Shazeli Dato’ Kahar dan Presiden PPKP (A), ACP Suffian Sulaiman di lobi Maktab PDRM.
Persidangan yang telah berlangsung selama empat hari itu merupakan platform penting bagi wakil setiap PPKP dan PPRPD yang mewakili kontinjen dan formasi mengutarakan tentang permasalahan dalam konteks kebajikan, kesejahteraan mahu pun keharmonian warga PDRM di samping memilih kepimpinan baharu Persatuan.
Dato’ Sri Ayob Khan dalam ucapannya menasihatkan setiap Persatuan dalam PDRM agar sentiasa peka terhadap evolusi cabaran yang dihadapi oleh Pasukan, khususnya dalam menghadapi gelombang sosio-politik, sosioekonomi negara dan landskap ancaman jenayah yang semakin kompleks.
“Persatuan ini perlu dengan lebih berkesan membantu kepimpinan Pasukan untuk membudayakan integriti secara kolektif dan efisyen”, ujar beliau lagi.
Hadir sama, barisan Timbalan Pengarah PDRM, Timbalan Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, ACP Awang Arfian Awang Bujang, Presiden PPKP (B), Inspektor Zulkipli A Rahim, Presiden PPRPD, Sub Inspektor Abd Rashid Ali dan barisan perwakilan.
Jurugambar: PDRM RMP TV