Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Rasmi Mesyuarat Agung Tahunan Mes Pegawai Kanan Pdrm Kali Ke 47

Diterbitkan: 21 Feb 2024 3.37 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 21 Februari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay merangkap Timbalan Yang Dipertua Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbesar hati merasmi sekali gus mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Mes Pegawai Kanan PDRM Kali ke-47 yang berlangsung dekat Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-rasmi-mesyuarat-agung-tahunan-mes-pegawai-kanan-pdrm-kali-ke-47
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:37 MYT
Kuala Lumpur, 21 Februari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay merangkap Timbalan Yang Dipertua Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbesar hati merasmi sekali gus mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Mes Pegawai Kanan PDRM Kali ke-47 yang berlangsung dekat Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Mesyuarat yang diadakan pada saban tahun itu bertujuan membincangkan dan membentangkan usul-usul berbangkit serta baharu untuk memastikan hala tuju Mes Pegawai Kanan PDRM berada dalam landasan yang betul, di samping objektif penubuhannya tercapai.

Dalam masa yang sama, mesyuarat tersebut juga menjadi medan pertemuan pucuk pimpinan PDRM untuk berinteraksi dengan ahli-ahli Mes agar segala permasalahan yang timbul dapat dirungkai dengan kaedah yang lebih efektif dan responsif.

Dato’ Sri Ayob Khan dalam ucapannya berkata, tidak dapat dinafikan bahawa penugasan warga Pasukan ketika ini semakin mencabar sekali gus menguji kekuatan mental, fizikal serta emosi warga PDRM. Perkara ini perlu dikaji teliti dan saya melihat bahawa Ahli Jawatankuasa (AJK) Mes boleh memainkan peranan masing-masing dalam mendepani isu ini.

“Menerusi pelan serta hala tuju yang jelas, Kepimpinan Mes Pegawai Kanan PDRM perlu cakna dengan keperluan semasa dan tuntutan para pencarum. Gunakanlah fasiliti yang disediakan secara maksimum bagi mengelakkan pembaziran. Saya yakin, dengan penambahbaikan yang dilakukan, Mes mampu menjadi destinasi pilihan utama bagi aktiviti sosial bersama keluarga dan sahabat handai atas faktor tawaran harga yang lebih rendah berbanding kemudahan sama di luar.

“Meskipun kita terikat dengan tugas hakiki yang tidak berkesudahan, saya berharap agar semua AJK dapat memberikan komitmen yang terbaik bagi memacu kecemerlangan Mes. Kebolehan kita dalam "multitasking" akan menambahkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang,” ujar beliau.

Hadir sama, barisan Pengarah Jabatan PDRM, Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun, barisan Ketua Polis Negeri dan pegawai kanan PDRM.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 9 people and text

May be an image of 1 person, saxophone, violin, flute, trumpet, oboe, speaker, clarinet and text

May be an image of 1 person, dais and text that says 'AYOB'

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 3 people and ambulance

May be an image of 4 people

May be an image of 7 people

May be an image of 4 people

May be an image of 1 person

May be an image of 2 people and dais

May be an image of 2 people and text

May be an image of 6 people

May be an image of 3 people and text
ArtikelDiterbitkan 21 Feb 2024 3.37 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM