Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Rasmi Majlis Perbarisan Tamat Latihan Plak Inspektor Pelatih Di Pulapol Kuala Lumpur

Published: 13 Jul 2022 8.11 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 13 Julai 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini merasmikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Inspektor Pelatih Bilangan 8 Siri 1/2021 di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-rasmi-majlis-perbarisan-tamat-latihan-plak-inspektor-pelatih-di-pulapol-kuala-lumpur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:40 MYT
Kuala Lumpur, 13 Julai 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini merasmikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Inspektor Pelatih Bilangan 8 Siri 1/2021 di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini. 

Seramai 236 pelatih iaitu 186 lelaki dan 50 wanita berjaya menamatkan program tersebut dengan penuh cekal dan keazaman yang tinggi walaupun berdepan dengan cabaran dari segi latihan akibat pandemik COVID-19.

Tan Sri Razarudin dalam ucapan perasmiannya menyeru agar semua pelatih menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi, sekali gus menjadi pegawai yang mampu menjulang maruah serta kegemilangan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ingin saya tegaskan kepada semua pelatih yang akan memulakan karier sebagai Pegawai Kanan Polis di lapangan, supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan perintah Pasukan serta menjauhkan diri daripada segala bentuk salah laku dan gejala rasuah,” kata beliau. 

Majlis yang disambut dengan penuh adat kepolisan menjadi lebih bermakna buat Inspektor Muhd Amrydzad Mat Tua'am apabila diumumkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan, sementara Inspektor Norliana Mohd Saleh dianugerahkan Pelatih Terbaik Akademik. Manakala, Inspektor Mohd Syahir Mohd Suhaimi dan Inspektor Nor Atikah Ahmad masing-masing diumumkan Pelatih Terbaik Latihan Luar lelaki dan wanita.

Turut hadir, barisan pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Hj. Kamal Faizul Mohd Zain, barisan Komandan serta pegawai-pegawai kanan PDRM.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 8 people, people standing and outdoors

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of 4 people, people standing and text that says '@HAK DRM PULAPOL'

May be an image of 1 person, standing, indoor and text that says '@HAK PDRM PULAPOL'

May be an image of 1 person, standing and text that says 'DRM'

May be an image of 8 people, people standing and outdoors

May be an image of 5 people and outdoors

May be an image of 10 people, people standing, indoor and text that says 'M PULAPOL'

May be an image of 2 people, people standing and outdoors

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 5 people, people standing and indoor

May be an image of 15 people, people standing and outdoors

May be an image of 14 people, people standing, indoor and text that says 'OGRAM ARISAN'

ArticlePublished 13 Jul 2022 8.11 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM