Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Rasmi Majlis Pelancaran Memperkasakan Sistem C4i Pdrm

Published: 07 Dec 2021 7.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 7 Disember 2021 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim hari ini menyempurnakan perasmian Majlis Pelancaran Memperkasakan Sistem "Command & Control, Communication & Computer Integration" (C4i) yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-rasmi-majlis-pelancaran-memperkasakan-sistem-c4i-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:51 MYT
Kuala Lumpur, 7 Disember 2021 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim hari ini menyempurnakan perasmian Majlis Pelancaran Memperkasakan Sistem "Command & Control, Communication & Computer Integration" (C4i) yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini.

Sistem C4i telah mula digunakan pada tahun 2002 bagi meningkatkan lagi kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membenteras jenayah dan mula dinaik taraf pada tahun 2016 melibatkan Kontinjen Kuala Lumpur serta Selangor.

Ciri-ciri tambahan yang ada pada sistem C4i ini antaranya "Map Matching" yang dapat membantu PDRM dari sudut penyelenggaran dan "C4i Situational Awareness" yang mampu membentuk jaringan bersama antara agensi dan komuniti serta berupaya menjadikan media sosial sebagai satu sumber informasi bagi menangani jenayah. Selain itu, sistem C4i ini turut mempunyai "Antivirus" yang dikemaskini dan "user friendly" bagi memudahkan pengendaliannya.

Dalam majlis yang sama, Datuk Seri Hj. Mazlan turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada 10 orang Pegawai Kanan dan Anggota yang terpilih bagi menghargai jasa mereka dalam usaha mengimplementasikan sistem C4i.

Hadir sama, Pengarah Logistik dan Teknologi, CP Dato’ Seri Sahabudin Abd. Manan, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, CP Datuk Wira Mat Kasim Karim, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Azmi Abu Kassim, Ketua Polis Selangor, Dato' Arjunaidi Mohamed dan barisan Pegawai Kanan PDRM serta rakan-rakan media.

Jurugambar: Lans Koperal Shazril Abd Rashid dan Konstabel Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 14 people, people standing and military uniform

May be an image of 2 people

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people

May be an image of indoor

May be an image of 1 person, standing and indoor

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of ‎4 people, people standing and ‎text that says '‎SIDANG MEDIA IBU PEJABAT POLIS KO INJEN KUAL MPUR ص KU ×× Kuala Lumpur‎
ArticlePublished 07 Dec 2021 7.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM