Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Rasmi Majlis Iftar Dan Penyampaian Sumbangan Ramadan Di Maahad Tahfiz Al Madrasathul Faridiyah

Diterbitkan: 02 Mar 2026 1.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 2 Mac 2026 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir merasmikan Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan Ramadan 1447H yang diadakan di Maahad Tahfiz Al-Madrasathul Faridiyah dekat Taman Sri Rampai, Setapak, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-rasmi-majlis-iftar-dan-penyampaian-sumbangan-ramadan-di-maahad-tahfiz-al-madrasathul-faridiyah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:20 MYT
Kuala Lumpur, 2 Mac 2026 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir merasmikan Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan Ramadan 1447H yang diadakan di Maahad Tahfiz Al-Madrasathul Faridiyah dekat Taman Sri Rampai, Setapak, semalam.

Ketibaan beliau pada jam 5.30 petang itu telah disambut oleh Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Madrasathul Faridiyah, Dato' Hj. Jawahar Ali Taib Khan merangkap Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia dan penganjur utama majlis tersebut.
Dalam ucapan perasmian, Tan Sri Ayob Khan telah menyentuh mengenai aktiviti tahunan Maahad Tahfiz Al-Madrasathul Faridiyah dan peningkatan jumlah sumbangan bagi tahun semasa.

Seusai itu, Tan Sri Ayob Khan turut berbesar hati menyantuni 2,500 golongan asnaf melalui penyampaian bantuan barangan dapur bernilai RM250 setiap seorang sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat. Dalam masa yang sama, sebanyak 4,000 pek juadah berbuka puasa turut diagihkan kepada para hadirin, sekali gus menyemarakkan semangat Ramadan dalam suasana penuh kesyukuran dan ukhwah.
Program berakhir selepas Tan Sri Ayab Khan bersama para tetamu menikmati juadah yang disediakan dan menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah di ruang solat utama masjid.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato’ Mohd Azani Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Brigedier Jeneral, Datuk Hj. Mohd Ajib Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hj. Hanifuddin Roslan, Ketua Hal Ehwal Halal, Nestlé, Tuan Nasrul Hadi Mohamed Nor, Bekas Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Hj. Abdul Halim Abd Samad dan para penaja sumbangan.

Jurugambar: PDRM RMPTV

May be an image of one or more people, dais and text
May be an image of ‎one or more people, dais and ‎text that says '‎Nestlé Komuniti رب زلنی قل_رب قل_رب_زالنى_علما علما‎
May be an image of one or more people, headscarf, dais and text
May be an image of one or more people, headscarf, dais and text
May be an image of one or more people and text
ArtikelDiterbitkan 02 Mar 2026 1.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM