Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Penuhi Undangan Sebagai Panel Program Coffee Talk Sempena Sambutan Hari Integriti Kwsp

Diterbitkan: 23 Nov 2023 10.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 23 November 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah memenuhi undangan sebagai salah seorang ahli panel dalam Program “Coffee Talk” sempena sambutan Hari Integriti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersama Kementerian Kewangan 2023 dan Agensi-Agensi yang diadakan di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-penuhi-undangan-sebagai-panel-program-coffee-talk-sempena-sambutan-hari-integriti-kwsp
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:59 MYT
Putrajaya, 23 November 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah memenuhi undangan sebagai salah seorang ahli panel dalam Program “Coffee Talk” sempena sambutan Hari Integriti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersama Kementerian Kewangan 2023 dan Agensi-Agensi yang diadakan di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini.

Forum bertajuk “Integriti Dalam Pengurusan Kewangan Agensi” anjuran bersama KWSP dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Agensi-Agensi itu turut menampilkan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tuan Nazli Rasyid Hj. Sulong, Ketua Pegawai Kewangan KWSP, Tuan Mohamad Hafiz Kassim serta Encik Zubayry Abady Sofian dari Institut Integriti Malaysia sebagai moderator.

Antara intipati yang ditekankan oleh Dato’ Sri Ayob Khan dalam wadah perbincangan hampir dua jam tadi adalah berkenaan aspek integriti dalam kalangan penjawat awam dengan perlu mematuhi Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 serta penyeliaan perlu dilakukan di setiap peringkat bagi membanteras isu-isu rasuah.

Tambahnya lagi, kepimpinan melalui teladan perlu menjadi asas dan contoh kepada pemimpin dalam pelbagai agensi bagi meningkatkan nilai-nilai integriti selain perlu berani dan tegas untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang serta peraturan demi amanah dan tanggunggajwab yang telah diberikan.

Menurutnya, semua pihak perlu mengambil peluang terbaik demi memastikan polisi dan misi Kerajaan Madani dipatuhi selain dapat memastikan generasi akan datang dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 5 people, speaker, dais, crowd and text

May be an image of 3 people, television, newsroom and text

May be an image of lighting and dais

May be an image of 3 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 9 people, dais and text that says 'MODERATOR UAN ZUBAYRY BADY SOFIAN SEKSYEN PERANCANGAN & STRATEGI INTEGRITI MALAYSIA( IIM) PANEL1

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of table, crowd and text




ArtikelDiterbitkan 23 Nov 2023 10.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM