Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Penuhi Undangan Sebagai Panel Forum Ramadan Dan Integriti Anjuran Ktmb

Diterbitkan: 16 Mar 2026 1.46 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 16 Mac 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini memenuhi undangan sebagai panel bagi Forum Ramadan dan Integriti 1447 Hijrah anjuran Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang berlangsung di Masjid Negara, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-penuhi-undangan-sebagai-panel-forum-ramadan-dan-integriti-anjuran-ktmb
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:34 MYT
Kuala Lumpur, 16 Mac 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini memenuhi undangan sebagai panel bagi Forum Ramadan dan Integriti 1447 Hijrah anjuran Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang berlangsung di Masjid Negara, di sini.

Forum bertemakan “Integriti Tanpa Kompromi: Ramadan Bukan Alasan” itu turut menampilkan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, TPj Mohamad Zakkuan Talib serta Imam Masjid Negara, Ustaz Mohamad Nadzri Mustakim sebagai panel. Sesi forum tersebut dikendalikan oleh Eksekutif Kanan Jabatan Kawalan Operasi KTMB, Mohd Jefry Abd Ghani selaku moderator.

Dalam sesi perbincangan berkenaan, Tan Sri Ayob Khan menegaskan bahawa integriti merupakan asas penting dalam memastikan sesebuah organisasi kekal berwibawa serta terus mendapat kepercayaan masyarakat.

Menurut beliau, setiap pegawai dan anggota penguat kuasa perlu melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab, telus serta berlandaskan undang-undang tanpa berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku.

Beliau turut menjelaskan bahawa tahap kepercayaan masyarakat terhadap pasukan keselamatan banyak bergantung kepada integriti yang dipamerkan oleh setiap pegawai dan anggota dalam melaksanakan tugas harian di samping memperkukuhkan budaya integriti melalui kepimpinan yang berwibawa, pemantauan berterusan serta tindakan tegas terhadap sebarang pelanggaran disiplin.

Program yang berlangsung hampir tiga jam itu turut mengupas cabaran dalam mengekalkan integriti dalam organisasi serta kepentingan memperkukuh tadbir urus yang telus dan berakauntabiliti dalam kalangan penjawat awam dan warga organisasi.

Turut hadir, Ketua Pegawai Korporat KTMB, Megat Khairulazhar Khairodin bersama barisan pengurusan tertinggi, para pegawai kanan Polis Diraja Malaysia serta warga kerja KTMB.

Jurugambar: PDRM RMPTV

ArtikelDiterbitkan 16 Mar 2026 1.46 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM