Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Penuhi Undangan Sebagai Panel Forum Integriti Di Kpm

Diterbitkan: 10 Nov 2023 12.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 9 November 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah memenuhi undangan sebagai salah seorang ahli panel dalam Forum Integriti sempena sambutan Hari Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diadakan di Auditorium Kompleks Kerajaan, Parcel E, Presint 1 di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-penuhi-undangan-sebagai-panel-forum-integriti-di-kpm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:50 MYT
Putrajaya, 9 November 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah memenuhi undangan sebagai salah seorang ahli panel dalam Forum Integriti sempena sambutan Hari Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diadakan di Auditorium Kompleks Kerajaan, Parcel E, Presint 1 di sini, petang tadi.

Forum bertajuk “Paksi 3R (Royal, Religion, Race): Keseimbangan Perpaduan Tonggak Masyarakat Berintegriti,” anjuran bersama KPM dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) itu turut menampilkan Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin sebagai panel kedua serta Pengacara Televisyen, Puan Hazrena Kassim sebagai moderator.

Antara intipati yang ditekankan oleh Dato’ Sri Ayob Khan dalam wadah perbincangan hampir dua jam tadi adalah berkenaan kepentingan memupuk nilai perpaduan di kalangan masyarakat majmuk dalam negara seawal usia kanak-kanak agar menjadi tauladan dan contoh yang baik di peringkat sekolah.

Tambahnya lagi, adalah menjadi kewajipan masyarakat untuk memelihara nilai perpaduan di kalangan masyarakat majmuk walaupun wujud pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menganggu gugat ketenteraman awam di dalam negara.
Menurutnya, Polis Diraja Malaysia sebagai sebuah institusi penguatkuasaan utama negara akan terus memainkan peranan penting dalam mengalas tanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kententeraman awam sentiasa terpelihara.

Terdahulu di sebelah paginya, program yang turut disiarkan secara langsung menerusi siaran rasmi Unit Integriti KPM di aplikasi YouTube itu dimulakan dengan Bicara Celik Kewangan oleh Bank Islam Malaysia Berhad dan Bicara Integriti bertajuk ‘Integriti Tonggak Karamah Insaniah’ oleh Pendakwah Bebas, Ustaz Syamsul Amri Ismail (Syamsul Debat).

Program kemudiannya diakhiri dengan ucapan perasmian dan pelancaran Polisi Anti Bribery Management System (ABMS) KPM oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Puan Lim Hui Ying.

Turut hadir, Ketua Unit Integriti KPM, Puan Siti Zakiah Che Man, Presiden NUTP, Tuan Aminuddin Awang, barisan Setiausaha Bahagian KPM, barisan Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri dan rakan-rakan strategik serta para pegawai kementerian.

Jurugambar: PDRM RMP TV

Mungkin grafik 3 orang dan teks yang berkata 'FORUM INTEGRITI KESEIMBANGANPERP ADUAN TONGGAK MASYARAKAT BERINTEGRITI''

Mungkin imej 1 orang

Mungkin imej dais dan teks

Mungkin imej 2 orang dan teks

Mungkin imej 3 orang

Mungkin imej 2 orang, dais dan teks

Mungkin imej 3 orang dan dais

Mungkin imej 2 orang, dais dan teks


ArtikelDiterbitkan 10 Nov 2023 12.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM