
Artikel
Timbalan Kpn Penuhi Undangan Majlis Penutup Keb 2024 Di Picc
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sin...
Putrajaya, 2 Mac 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini bagi memenuhi undangan sempena Majlis Penutup Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024.
Turut hadir ialah Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan diiringi Timbalan PM merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Zahid Hamidi bersama Timbalan PM merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato' Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof.
Majlis dimulakan dengan ucapan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Hj. Awang Tengah Ali Hasan yang mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Hj. Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Hj. Openg dan disusuli ucapan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Haji Noor.
Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang secara rasmi menyempurnakan Majlis Penutup KEB 2024.
Turut berlangsung ialah penyerahan Laporan Sesi Libat Urus KEB 2024 oleh Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid kepada Dato' Seri Anwar.
Sementara itu, objektif penganjuran KEB 2024 yang berlangsung dari 29 Februari hingga hari ini adalah bagi mencadangkan hala tuju serta pendekatan baharu dan penambahbaikan agenda pemerkasaan Bumiputera yang lebih adil, saksama serta inklusif.
Selain itu, ia juga mencadangkan pendekatan baharu untuk mengukur tahap penyertaan dan kawalan ekonomi Bumiputera yang lebih bermakna.
Jurugambar: PDRM RMP TV