Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Penuhi Undangan Ke Majlis Tautan Mahabbah Dan Iftar Perdana

Diterbitkan: 04 Mar 2026 1.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Shah Alam, 4 Mac 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay memenuhi undangan ke Majlis Tautan Mahabbah dan Iftar Perdana yang berlangsung di Restoran Al-Rawsha, Seksyen 7, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-penuhi-undangan-ke-majlis-tautan-mahabbah-dan-iftar-perdana
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:58 MYT

Shah Alam, 4 Mac 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay memenuhi undangan ke Majlis Tautan Mahabbah dan Iftar Perdana yang berlangsung di Restoran Al-Rawsha, Seksyen 7, di sini, semalam.

Majlis tersebut merupakan anjuran bersama Pertubuhan Kebajikan Assolahiyyah Malaysia (PKAM), Saadah Education Group (SEG), Innovative International College (IUC) dan Your Education Guidance (YEG).

Dalam majlis itu, turut berlangsung Peluncuran Jurnal Al-Thaqafah serta Pengenalan Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Sarjana Pengajian Islam yang ditawarkan di bawah SEG. Inisiatif berkenaan dilihat sebagai langkah signifikan dalam mengintegrasikan kecemerlangan akademik dengan tradisi ilmu Islam (Turath).

Jurnal Al-Thaqafah berperanan sebagai platform kepada para penyelidik dan ahli akademik untuk membincangkan isu-isu sosiobudaya dan sosiopolitik yang memberi kesan kepada dunia Islam.

Program kemudiannya diteruskan dengan majlis berbuka puasa dan solat fardhu Maghrib berjemaah.

Turut hadir, Pengerusi Yayasan Minda merangkap bekas Naib Canselor dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA, Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah, Bekas Mufti Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Hj. Abdul Rahman Hj. Osman, Ahli Majlis Hukama’ Al-Muslimin (Muslim Council of Elders), Datuk Hj. Mohd Nakhaie Hj. Ahmad, Canselor IUC, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hashim Yaacob, Dekan Institut Pengajian Islam Baitussaadah, Profesor Dr. Sheikh Omar Muhammad Kalash Al-Husainiy, Dekan Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Profesor Dato’ Dr. Mohd Fakhruddin Abdul Mukti, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf serta para akademia.

Jurugambar: PDRM RMPTV

May be an image of one or more people, dais and text that says '心込吉 জर LOT GRAND IFTAR CEREMONY2026 2026 OFFICI THEINTERNATIONALTI THA THE AUN CH

May be an image of one or more people, dais and text that says 'K CEREMONY 2026 FFICIAL ATIONALTHAOA ATIONALAUNCENGEO ATIONAL THA OArAH LAUN (HONS) & M

May be an image of one or more people and dais

May be an image of one or more people and dais

May be an image of one or more people and text


ArtikelDiterbitkan 04 Mar 2026 1.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM