
Article
Timbalan Kpn Penuhi Undangan Ke Majlis Perasmian Acmroch Dan Archidex 2024
Kuala Lumpur, 3 Julai 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lu...
Kuala Lumpur, 3 Julai 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini bagi memenuhi undangan sempena Majlis Perasmian Pembukaan Meja Bulat Menteri ASEAN-China mengenai Pembinaan dan Perumahan (ACMROCH) 2024, petang tadi.
Majlis anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diiringi oleh Menterinya, Tuan Nga Kor Ming.
Turut diadakan dalam majlis sama adalah Pameran Bangunan dan Rekaan Dalaman 2024 Malaysia ke-23 (ARCHIDEX) 2024 yang bermula hari ini sehingga 6 Julai depan melibatkan 700 pempamer dari 15 buah negara serta wilayah.
ARCHIDEX merupakan festival seni bina Kuala Lumpur yang menghimpunkan syarikat terkemuka dalam seni bina, pembinaan dan reka bentuk di bawah satu bumbung yang mengetengahkan pameran inovasi serta amalan mampan bertujuan untuk memacu industri negara ke hadapan.
Hadir sama, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya, dif-dif jemputan dan para usahawan.
Jurugambar: PDRM RMP TV