
Artikel
Timbalan Kpn Penuhi Undangan Ke Majlis Hi Tea Bersama Alumni Fep Ukm
Putrajaya, 20 November 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir memenuhi undangan ke Majlis Hi-Tea Bersam...
Putrajaya, 20 November 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir memenuhi undangan ke Majlis Hi-Tea Bersama Alumni Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM (FEP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dekat Hotel Marriot, di sini, petang tadi.
Ketibaan Dato' Sri Ayob Khan yang juga merupakan alumni universiti berkenaan telah disambut mesra oleh Dekan FEP UKM, Profesor Dr. Aini Aman bersama Timbalan Dekan (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat) FEP UKM, Profesor Madya Dr. Muhammad Hakimi Mohd Shafiai.
Majlis turut diserikan dengan tayangan montaj yang telah disediakan oleh pihak pengurusan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UKM.
Hadir sama tadi, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UKM, Profesor Emeritus Dato' Dr. Mohamad Abd. Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Rusli Jaafar, Ketua Perkhidmatan Korporat Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Sdn. Bhd., Encik Amiruddin Abdul Shukor dan barisan Ahli Lembaga Pengarah Universiti UKM.
Jurugambar: PDRM RMP TV