Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Pengerusikan Mesyuarat Ppsm Pdrm Bagi Pengurusan Prestasi Myperformance Dan Pelaksanaan Apc Tahun 2024 20250326

Published: 26 Mar 2025 12.17 AM Updated: 15 Aug 2026 8.07 PM
Kuala Lumpur, 25 Mac 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mempengerusikan Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bagi Pengurusan Prestasi MyPerformance dan Pelaksanaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024 di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-pengerusikan-mesyuarat-ppsm-pdrm-bagi-pengurusan-prestasi-myperformance-dan-pelaksanaan-apc-tahun-2024-20250326
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:52 MYT
Kuala Lumpur, 25 Mac 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mempengerusikan Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bagi Pengurusan Prestasi MyPerformance dan Pelaksanaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024 di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Antara agenda utama mesyuarat tersebut adalah membincangkan mengenai strategi pelaksanaan MyPerformance dalam menilai dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan serta meneliti dan memutuskan pemilihan penerima-penerima APC bagi tahun 2024 sebagai penghargaan kepada warga Pasukan yang menunjukkan prestasi kerja cemerlang.

Mesyuarat telah dimulakan dengan pembentangan MyPerformance PDRM oleh Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) Bukit Aman, SAC Mohamed Mokhsein Mohamed Zon dan diikuti pembentangan Panel I APC 2024 oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, DCP Ab Rahaman Arsad.

Turut diperakukan adalah senarai keseluruhan penerima APC PDRM yang akan diumumkan secara rasmi dalam majlis penganugerahan akan datang.
Hadir sama, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM serta para pegawai kanan polis.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 1 person and text

May be an image of 9 people, people studying and text

May be an image of 11 people, people studying, newsroom and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 2 people, aircraft and text


ArticlePublished 26 Mar 2025 12.17 AMUpdated 15 Aug 2026 8.07 PM