Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Pengerusikan Mesyuarat Jpksn Bil 3 2024 Fokus Perkasa Keselamatan Sempadan Negara

Published: 13 Nov 2024 11.02 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 13 November 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Keselamatan Sempadan Negara (JPKSN) Bilangan 3/2024 di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-pengerusikan-mesyuarat-jpksn-bil-3-2024-fokus-perkasa-keselamatan-sempadan-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:30 MYT
Kuala Lumpur, 13 November 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Keselamatan Sempadan Negara (JPKSN) Bilangan 3/2024 di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, di sini.

Mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira empat jam tersebut menjadi medan perbincangan antara agensi-agensi keselamatan Malaysia berkaitan aspek sempadan, prinsip dan dasar keselamatan, sekali gus menjadi teras kepada jaminan keselamatan negara yang berdaulat, aman serta merdeka.

Dato' Sri Ayob Khan dalam ucapannya berkata, keprihatinan kerajaan bagi memperkasakan sempadan negara jelas terbukti apabila Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan sejumlah RM560 juta menerusi Belanjawan 2025 melalui Ikhtiar 58: Urusan Sempadan Negara, khusus bagi memperkukuhkan kawalan sempadan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Dalam mesyuarat tersebut juga, Dato' Sri Ayob Khan mengalu-alukan keahlian Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia di dalam JPKSN yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kawalan dan pemeriksaan bersepadu melibatkan pergerakan orang, kenderaan dan barangan termasuk kargo, haiwan serta tumbuhan di pintu masuk sempadan negara.

Dalam mesyuarat sama, Dato' Sri Ayob Khan turut ditaklimatkan mengenai situasi semasa keselamatan di sempadan oleh Komander Eastern Sabah Security Command, DCP Datuk Victor Sanjos, Ketua Penolong Pengarah (Pasukan Gerakan Am), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, SAC Shaiful Azmi Hussein Omar, Ketua Pengarah Cawangan Operasi Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia, Brigedier Jeneral Mohd Rafi Muhammad dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Muda (Maritim) Mohd Zawawi Abdullah.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Suhaily Mohd Zain, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Seri Khaw Kok Chin, Pemangku Pengarah Jabatan KDNKA, DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, barisan ketua dan timbalan pengarah agensi kerajaan serta para pegawai kanan polis.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 6 people and text

May be an image of 8 people, dais and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 4 people and text


ArticlePublished 13 Nov 2024 11.02 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM