Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pkp Pdrm Bil 2 2024

Diterbitkan: 15 Nov 2024 8.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 15 November 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bilangan 2/2024 di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-pengerusikan-mesyuarat-jawatankuasa-pemandu-pkp-pdrm-bil-2-2024
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:53 MYT
 
Kuala Lumpur, 15 November 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bilangan 2/2024 di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Mesyuarat yang diadakan secara berkala, sekurang-kurangnya dua kali setahun itu bertujuan mempersiapkan Pasukan bagi sebarang kemungkinan bencana atau gangguan, selain membentangkan pelaporan aktiviti PKP PDRM dan maklum balas serta perkara-perkara yang dibangkitkan di dalam mesyuarat terdahulu.

PKP merujuk kepada pelan atau pengurusan secara holistik bagi mengenal pasti ancaman dan risiko serta impaknya terhadap fungsi kritikal agensi dalam memastikan perkhidmatan dapat diteruskan walaupun berlaku gangguan atau bencana seperti banjir,  kebakaran di dalam bangunan, serangan siber, kecurian dan sebagainya.

Hadir sama dalam mesyuarat tadi ialah Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim, barisan Timbalan Pengarah Jabatan PDRM Bukit Aman dan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Julina Salehuddin.
 
Jurugambar: PDRM RMP TV
May be an image of 6 people and text

May be an image of 2 people and text


May be an image of 3 people, newsroom and text

May be an image of 2 people, people studying, newsroom and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 1 person and text


ArtikelDiterbitkan 15 Nov 2024 8.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM