
Article
Timbalan Kpn Pengerusikan Mesyuarat Agong Pbpdrm Ke 23 Tahun 2025
Kuala Lumpur, 27 Ogos 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay merangkap Presiden Persatuan Bola sepak Polis Dira...
Kuala Lumpur, 27 Ogos 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay merangkap Presiden Persatuan Bola sepak Polis Diraja Malaysia (PBPDRM) telah mempengerusikan Mesyuarat Agong PBDRM ke-23 Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, petang tadi.
Turut hadir, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid selaku Timbalan Presiden PBPDRM.
Selain pengesahan minit dan maklum balas daripada mesyuarat terdahulu, antara agenda utama mesyuarat yang dibincangkan pada kali ini adalah berkaitan pengurusan dan pembangunan termasuk pelantikan Ahli Jawatankuasa PBPDRM bagi penggal tahun 2025 sehingga 2028.
Hadir sama, Naib Presiden I dan II PDPDRM iaitu Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato’ Ahmad Dzaffir Mohd Yussof serta Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Datuk Alzafny Ahmad dan ahli-ahli persatuan.