Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Panel Forum Seminar Pembudayaan Stem Bagi Memperkasa Masyarakat Madani

Published: 25 Sep 2023 2.14 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Melaka, 25 September 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini memenuhi undangan sebagai salah seorang ahli panel forum Seminar Pembudayaan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) yang diadakan di Dewan Canselor, Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-panel-forum-seminar-pembudayaan-stem-bagi-memperkasa-masyarakat-madani
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:53 MYT

Melaka, 25 September 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini memenuhi undangan sebagai salah seorang ahli panel forum Seminar Pembudayaan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) yang diadakan di Dewan Canselor, Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM di sini, petang tadi.

Seminar anjuran Majlis HAWA Malaysia yang mengetengahkan tajuk "Membendung Gelombang Jenayah: Mewujudkan Komuniti Lebih Selamat Bersama", menjadi medan perbincangan mengenai isu jenayah, sosial dan penggunaan STEM dalam kawalan dan pencegahannya.

Antara kupasan Dato’ Sri Ayob Khan dalam konteks peranan agensi penguatkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia adalah tuntutan penglibatan masyarakat untuk mengekang perlakuan jenayah di sekeliling mereka, terutamanya melibatkan kanak-kanak. Peredaran teknologi yang begitu pesat juga menuntut para ibu bapa supaya lebih cakna dalam memantau penggunaan media sosial oleh anak-anak mereka supaya tidak terjerumus atau terpengaruh dengan anasir negatif.

Selain itu, melalui konteks Rukun Negara, Dato’ Sri Ayob Khan turut menyeru golongan belia untuk menghormati undang-undang serta mengubah minda supaya keluar dari kepompong keselesaan demi kemajuan diri, bangsa dan negara tercinta.

Program yang berlangsung selama dua jam itu telah diakhiri dengan majlis perasmian penutup yang disempurnakan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan

Hadir sama, Pengerusi HAWA, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Penyelaras HAWA Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah, Ketua Polis Melaka Polis Melaka, DCP Datuk Wira Hj. Zainol Hj. Samah, dan barisan Ahli Jawatankuasa HAWA serta para pelajar UTeM.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 1 person

May be an image of 6 people, dais and text that says 'GKAI'

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text


ArticlePublished 25 Sep 2023 2.14 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM