Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Meriahkan Sambutan Hari Imigresen 2024

Published: 22 Jul 2024 9.17 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 22 Julai 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir memenuhi undangan bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Imigresen, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tahun 2024 yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-meriahkan-sambutan-hari-imigresen-2024
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:39 MYT
 
Putrajaya, 22 Julai 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir memenuhi undangan bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Imigresen, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tahun 2024 yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, di sini, pagi tadi.

Ketibaan Datuk Seri Saifuddin Nasution sekitar jam 8.30 pagi tadi telah disambut oleh Ketua Pengarah JIM, Dato’ Ruslin Jusoh sebelum beliau menerima tabik hormat daripada kawalan kehormatan yang dipimpin oleh Penolong Pengarah Imigresen, Mohd Hafiz Safwan Anuar selaku pegawai Pemerintah Baris.

Majlis yang diadakan di Dataran Pahlawan Negara dengan bertemakan “Imigresen Perkasa Di Persada Dunia” menjadi intipati amanat MDN sebelum menyampaikan Pingat Setia Berjasa dan Pingat Setia Perkasa kepada tiga warga kerja JIM atas dedikasi dan khidmat bakti sepanjang berkhidmat di dalam agensi penguatkuasa tersebut.

Sambutan kali ini turut dimeriahkan dengan tayangan montaj pencapaian JIM sebelum persembahan Pasukan Pancaragam Setia Perwira dan persembahan pantomim khas gabungan Pasukan Taktikal Khas dan Pasukan Kawalan Khas dalam simulasi menangani krisis tahanan melarikan diri dari depot.

Hadir sama, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali, barisan timbalan KSU KDN, ketua-ketua agensi dan jabatan di bawah KDN dan pegawai kanan JIM.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 7 people and text

May be an image of text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 10 people and text

ArticlePublished 22 Jul 2024 9.17 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM