Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Meriahkan Program Sua Mesra Bersama Timbalan Mdn

Published: 03 Nov 2025 3.08 AM Updated: 15 Aug 2026 6.53 PM
Gerik, 2 November 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini memeriahkan Program Sua Mesra Bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri (Timbalan MDN) yang berlangsung di Dataran Tasik Raban, Lenggong, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-meriahkan-program-sua-mesra-bersama-timbalan-mdn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:42 MYT


Gerik, 2 November 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini memeriahkan Program Sua Mesra Bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri (Timbalan MDN) yang berlangsung di Dataran Tasik Raban, Lenggong, pagi tadi.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Polis Perak, CP Dato' Noor Hisam Nordin.
Program anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang disempurnakan oleh Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, bertujuan memperkukuh hubungan antara agensi-agensi di bawah kementerian dengan masyarakat setempat melalui penglibatan komuniti dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan interaktif.

Polis Diraja Malaysia turut memeriahkan program dengan pembukaan reruai pameran khas serta menawarkan diskaun saman trafik sebanyak 70 peratus kepada orang ramai. Inisiatif itu bagi menggalakkan penyelesaian saman tertunggak dan meningkatkan kesedaran awam terhadap kepatuhan undang-undang jalan raya.

Pelbagai aktiviti turut diadakan termasuk pameran interaktif Bas Bergerak AADK, pemeriksaan kesihatan, Jualan RAHMAH serta pelbagai aktiviti riadah seperti pertandingan sukan air, mewarna dan masakan tradisional.

Tan Sri Ayob Khan turut sempat melawati tapak pameran dan beramah mesra dengan para pengunjung.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik Jeman, Ketua Pengarah AADK, Dato’ Ruslin Jusoh, Pemangku Ketua Cawangan Khas Kontinjen Perak, ACP Sugemin Zainol dan Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman.

Jurugambar: PDRM RMP TV

Timbalan Kpn Meriahkan Program Sua Mesra Bersama Timbalan Mdn

Timbalan Kpn Meriahkan Program Sua Mesra Bersama Timbalan Mdn

Timbalan Kpn Meriahkan Program Sua Mesra Bersama Timbalan Mdn

Timbalan Kpn Meriahkan Program Sua Mesra Bersama Timbalan Mdn

May be an image of one or more people and text
ArticlePublished 03 Nov 2025 3.08 AMUpdated 15 Aug 2026 6.53 PM