
Timbalan Kpn Lawat Smart Nation Expo Di Mitec
Kuala Lumpur, 21 September 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay petang tadi melawat Smart Nation Expo 2023 yang bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), di sini.
Penganjuran Smart Nation Expo yang bertemakan “Connecting Smart Inovations” itu mempamerkan pelbagai teknologi digital oleh agensi kerajaan dan swasta yang mengambil bahagian pada tahun ini.
Kebanyakan daripada mereka memfokuskan kepada pembangunan teknologi 5G, ‘Artificial Intelligence and Robotic’ dan ‘Virtual/Augmented Reality', sejajar dengan pembangunan ‘Industrial Revolution 4.0’ (IR 4.0) di Malaysia.
Dalam acara tersebut, Dato’ Sri Ayob Khan turut berpeluang mengunjungi beberapa reruai yang dipamerkan seperti Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Sarawak Multimedia Authority, Tenaga Nasional Berhad, TpLink, Telekom Malaysia dan CelcomDigi.
Lebih menarik perhatian tadi ialah Dato' Sri Ayob Khan sempat mencuba sendiri aplikasi yang dibangunkan oleh NEC Corporation iaitu ‘Evidence-based Posture Analysis’ di mana ianya dapat menyukat ukuran badan dengan mengeluarkan data yang tepat melalui kamera pengimbas.
Hadir sama, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery.