Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Lawat Reruai Dalam Pameran Dsa Dan Natsec Asia 2026

Published: 23 Apr 2026 12.43 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 21 April 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini mengadakan lawatan ke reruai pada hari kedua Pameran Defence Services Asia (DSA) 2026 dan National Security (NATSEC) Asia 2026 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-lawat-reruai-dalam-pameran-dsa-dan-natsec-asia-2026
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:51 MYT
 
Kuala Lumpur, 21 April 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini mengadakan lawatan ke reruai pada hari kedua Pameran Defence Services Asia (DSA) 2026 dan National Security (NATSEC) Asia 2026 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

Kehadiran beliau mencerminkan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik serta mengikuti perkembangan semasa dalam bidang pertahanan dan keselamatan.

Secara keseluruhannya, lawatan tersebut melibatkan lebih 30 reruai pameran, merangkumi sesi pagi dan petang yang menampilkan pelbagai teknologi keselamatan, kelengkapan taktikal serta sistem persenjataan moden.

Antara reruai yang dilawati termasuk Glock dari Austria, Steyr Arms (Austria), Thales (Perancis), Heckler & Koch (Jerman), Aimpoint (Sweden), Beretta (Itali), Sarsilmaz (Turkiye), Poongsan (Korea Selatan) dan LMT Defense (Amerika Syarikat).

Turut sama hadir ialah Ketua Pasukan Urus Setia KPN (Lesen Senjata Api) Bukit Aman, SAC Kama Azural Mohamed dan Ketua Penolong Pengarah Persenjataan, Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, SAC Zaidy Che Hassan.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text
ArticlePublished 23 Apr 2026 12.43 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM