Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Lawat Lokasi Tragedi Berdarah Pencerobohan Pengganas Sulu Di Sabah

Published: 26 Feb 2025 7.10 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Lahad Datu, 26 Februari 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dalam siri rangka lawatan kerja ke Sabah telah turun meninjau lokasi-lokasi tragedi berdarah pencerobohan pengganas Sulu, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-lawat-lokasi-tragedi-berdarah-pencerobohan-pengganas-sulu-di-sabah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:55 MYT
Lahad Datu, 26 Februari 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dalam siri rangka lawatan kerja ke Sabah telah turun meninjau lokasi-lokasi tragedi berdarah pencerobohan pengganas Sulu, semalam.

Dato' Sri Ayob Khan bersama delegasi melihat semula lokasi pertempuran yang berlaku antara sepasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pengganas tersebut di Kampung Simunul, Semporna dan seterusnya ke Tugu Peringatan Peristiwa Kampung Tanduo, di sini.

Dalam kedua-dua insiden yang berlaku pada tahun 2013 itu, seramai lapan pegawai dan anggota PDRM telah terkorban semasa mempertahankan kedaulatan negara.

Mengakhiri lawatan, Dato' Sri Ayob Khan menaiki helikopter jenis Agusta Westland 139 milik Pasukan Gerakan Udara bagi membuat pemantauan udara kawasan sekitar pengoperasian Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Shahurinain Jais, Komander ESSCOM, DCP Datuk Victor Sanjos, Timbalan Ketua Staf Bahagian Perisikan 1 ESSCOM, ACP Khairul Azwan Selihudin, Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau dan barisan pegawai kanan PDRM.

Dato' Sri Ayob Khan dijadualkan akan mengadakan lawatan ke Markas ESSCOM dan Pulau Tabawan, Lahad Datu, hari ini.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 6 people

May be an image of 1 person, monument and text that says 'DRM'

May be an image of 9 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 3 people and text that says 'VILLIE RRD RA'

May be an image of 3 people and text

 
 
ArticlePublished 26 Feb 2025 7.10 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM