Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Kenang Pengorbanan Santuni Keluarga Dua Anggota Polis Yang Meninggal Dunia

Diterbitkan: 03 Nov 2025 2.44 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.53 PM
Setiu, 1 November 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menzahirkan keprihatinan terhadap keluarga dua anggota polis yang meninggal dunia dengan menziarahi ke kediaman mereka di sekitar Terengganu, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-kenang-pengorbanan-santuni-keluarga-dua-anggota-polis-yang-meninggal-dunia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:12 MYT


Setiu, 1 November 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menzahirkan keprihatinan terhadap keluarga dua anggota polis yang meninggal dunia dengan menziarahi ke kediaman mereka di sekitar Terengganu, hari ini.

Ziarah dimulakan sekitar jam 9.30 pagi di kediaman Allahyarham Koperal Raja Asri Raja Mat di Setiu yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Kilometer 63, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu pada 30 Julai 2016.

Allahyarham Koperal Raja Asri yang ketika itu berusia 29 tahun telah menabur khidmat bakti di Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu dan dikenang atas semangat serta komitmennya dalam menjalankan tugas.

Pada sebelah petang, Tan Sri Ayob Khan meneruskan kunjungan ke kediaman Allahyarham Koperal Sokongan Wan Muhammad Firdaus Wan Nasir di Felda Kerteh 3, Paka.

Allahyarham, 36 tahun yang bertugas di Pusat Latihan Polis Dungun dilaporkan meninggal dunia selepas hanyut dibawa arus deras banjir pada 2 Disember 2024 ketika membantu di kawasan ladang sawit berhampiran rumahnya.

Lawatan tersebut mencerminkan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia dalam menghargai pengorbanan dan jasa anggota yang telah meninggal dunia, selain memberikan sokongan moral kepada waris mereka sebagai tanda kasih serta penghargaan atas bakti kepada Pasukan.

Jurugambar: PDRM RMP TV

Timbalan Kpn Kenang Pengorbanan Santuni Keluarga Dua Anggota Polis Yang Meninggal Dunia

Timbalan Kpn Kenang Pengorbanan Santuni Keluarga Dua Anggota Polis Yang Meninggal Dunia

Timbalan Kpn Kenang Pengorbanan Santuni Keluarga Dua Anggota Polis Yang Meninggal Dunia

Timbalan Kpn Kenang Pengorbanan Santuni Keluarga Dua Anggota Polis Yang Meninggal Dunia

May be an image of one or more people, dais and text
ArtikelDiterbitkan 03 Nov 2025 2.44 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.53 PM