Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Ke Briged Sarawak Untuk Lawatan Kerja Rasmi Bermula Jumaat

Diterbitkan: 03 Nov 2024 2.20 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuching, 3 November 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah memulakan lawatan kerja rasmi selama tiga hari ke Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA), Batu Kawa, bermula Jumaat lalu, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-ke-briged-sarawak-untuk-lawatan-kerja-rasmi-bermula-jumaat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:23 MYT
Kuching, 3 November 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah memulakan lawatan kerja rasmi selama tiga hari ke Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA), Batu Kawa, bermula Jumaat lalu, di sini.

Terdahulu, ketibaan beliau di Bumi Kenyalang pada pagi Khamis, telah disambut Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato Mancha Ata bersama Komander Briged Sarawak PGA, SAC Dr. Che Ghazali Che Awang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Lawatan kerja rasmi yang bermula kira-kira jam 8.30 pagi pada hari Jumaat telah disambut dengan kawalan kehormatan utama yang terdiri daripada pegawai kanan dan anggota dari Briged Sarawak PGA, sebelum beliau bersama delegasi dibawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat berkenaan pentadbiran dan pengoperasian briged oleh ASP Risikan Briged Sarawak PGA, ASP Rizuan Makladin.

Pada hari yang sama, Dato’ Sri Ayob Khan telah berbesar hati menyampaikan amanat kepada warga Briged Sarawak PGA agar mengekalkan integriti dan tatakelola yang baik dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pegawai polis.
Seusai menunaikan solat Jumaat di Masjid Khalid Ibnu Walid, Dato' Sri Ayob Khan dibawa meninjau ke Pos Operasi (Op) Taring Batas Raso 1, Lundu bagi melihat penugasan anggota keselamatan di kawasan sekitar dan prasarana yang disediakan di pos kawalan tersebut.

Sejurus itu, beliau turut melawat ke Pos Forward Operation Based Op Taring Batas Raso 2, Lundu dan Pos Op Taring Batas Stass, Bau bagi memantau pengoperasian persempadanan negara serta persekitaran kedua-dua pos berkenaan.
Tentatif lawatan kerja rasmi beliau kemudiannya diteruskan pada jam 9.00 pagi semalam ke empat pos keselamatan PGA di sekitar Sarawak.
Kesemua empat pos keselamatan yang dilawati adalah di bawah pentadbiran Batalion 23 PGA Sarawak iaitu Op Taring Sungai Putong, Op Taring Batas Klauh, Op Taring Batas Po Ai yang terletak di dalam daerah Sri Aman sebelum berakhir di Op Taring Batas Sapit di Padawan.

Selain diberi “walking briefing” sambil meninjau keadaan pos kawalan di sana, Dato’ Sri Ayob Khan turut mengambil peluang menyantuni warga Pasukan yang bertugas di perbatasan.
Hadir sama sepanjang lawatan berlangsung adalah Ketua Penolong Pengarah PGA, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, SAC Shaiful Azmi Hussein Omar, Timbalan Komander Briged Sarawak PGA, ACP Rosdi Inai dan pegawai-pegawai pemerintah batalion di bawah Briged Sarawak PGA.

Jurugambar: Polis Sarawak

 
ArtikelDiterbitkan 03 Nov 2024 2.20 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM