
Artikel
Timbalan Kpn Iring Kdymm Ydpa Lawat Lokasi Letupan Paip Gas Di Putra Heights
Subang Jaya, 5 April 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia...
Subang Jaya, 5 April 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Ibrahim melawat ke lokasi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights di sini.
Turut berangkat dalam lawatan itu ialah Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.
Baginda telah diberi taklimat berkenaan situasi dan perkembangan semasa insiden kebakaran paip gas oleh Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan.
Selesai sesi taklimat, Dato’ Sri Ayob Khan mengiringi baginda berdua berangkat ke Pos Kawalan Tempat Kejadian bagi meninjau dan melihat keadaan kawasan yang terjejas.
Dalam pada itu, Baginda turut berangkat ke Pusat Pemindahan Sementara yang terletak di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights bagi menyantuni mangsa-mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut di samping menyampaikan sumbangan dari Yayasan Sultan Ibrahim Johor.
Turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Hj. Mohamad Sabu, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dato’ Ts. Nor Hisham Mohammad.