Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Hadir Sesi Town Hall Mdn Bersama Ahli Pikm

Published: 05 Dec 2023 10.34 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sepang, 5 Disember 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir ke sesi Town Hall Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama ahli Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-30 di Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-sesi-town-hall-mdn-bersama-ahli-pikm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:29 MYT
Sepang, 5 Disember 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir ke sesi Town Hall Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama ahli Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-30 di Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA, di sini.

Majlis yang bermula sekitar jam 10.00 pagi telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Presiden PIKM, Dato' Sri Hj. Ramli Hj. Yusuff seterusnya penyampaian ucapan amanat dan sesi Town Hall bersama Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Dalam majlis yang sama, Datuk Seri Saifuddin Nasution turut berbesar hati menyampaikan sijil penghargaan kepada ahli jawatankuasa PIKM bagi sesi 2021-2023.
Pada sebelah petangnya pula turut berlangsung persidangan Mesyuarat Agung Tahunan PIKM ke-30 bagi membincangkan hala tuju serta kemajuan PIKM selain pemilihan ahli jawatankuasa PIKM yang baharu bagi sesi 2023-2025.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan dan Ketua Lesen Pasukan, Urus Setia KPN (Lesen Senjata Api), SAC Dato' Dzulkhairi Mukhtar.

Jurugambar: PDRM RMP TV.

May be an image of 6 people and wedding

May be an image of 7 people and text

May be an image of 7 people

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 5 people and text


ArticlePublished 05 Dec 2023 10.34 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM