
Artikel
Timbalan Kpn Hadir Sesi Khas Bersama Pdrm Sempena Mesyuarat Majlis Hakim Hakim Kali Ke 57
Langkawi, 26 Februari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah menghadiri Sesi Khas Bersama Polis Diraja...
Langkawi, 26 Februari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah menghadiri Sesi Khas Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Mesyuarat Majlis Hakim-hakim Malaysia kali ke-57 bagi tahun 2024 yang berlangsung di The Westin Langkawi Resort & Spa, di sini, pada Khamis lalu.
Dalam sesi khas itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ), CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain telah membentangkan tajuk "Trend dan Isu-isu Semasa Jenayah di Malaysia" sebelum disusuli dengan sesi soal jawab bersama para jemputan yang hadir.
Hadir sama dalam sesi tersebut ialah Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Timbalan PJSJ (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, DCP Dato' Rusdi Mohd Isa dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman, SAC Datuk Mohamad Zainal Hj. Abdullah.
Jurugambar: PDRM RMP TV








