Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Sesi Demonstrasi Dan Taklimat Aset Msu

Diterbitkan: 10 Jan 2024 1.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Langat, 10 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah menghadiri sesi demonstrasi dan taklimat pengoperasian aset "Mobile Surveillance Unit" (Unit Pengawasan Bergerak) (MSU) oleh Syarikat AMP Corporation (M) Sdn. Bhd.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-sesi-demonstrasi-dan-taklimat-aset-msu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:59 MYT
Kuala Langat, 10 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah menghadiri sesi demonstrasi dan taklimat pengoperasian aset "Mobile Surveillance Unit" (Unit Pengawasan Bergerak) (MSU) oleh Syarikat AMP Corporation (M) Sdn. Bhd.

Demonstrasi aset tersebut telah dilakukan di Pantai Tanjung Rhu, Pulau Carey, di sini, pagi semalam.

Terdahulu, ketibaan Dato' Sri Ayob Khan disambut oleh Ketua Polis Selangor, CP Hussein Omar Khan bersama Komander Pasukan Polis Marin (PPM), SAC Norzaid Muhammad Said.

Program diteruskan dengan taklimat pengoperasian oleh Ketua Pegawai Eksekutif AMP Corporation (M) Sdn. Bhd., Dato' Sri Mustaffa Hj. Abd. Rahman di Bilik Mesyuarat Utama AMPCOP.

Aset MSU adalah bagi kegunaan PPM dalam mempertingkatkan pengesanan aktiviti di perairan negara, sekali gus memperkasakan peranan Pasukan tersebut.

Seusai itu, Dato' Sri Ayob Khan telah mengadakan lawatan di sekitar Pelabuhan Klang dan Balai Polis Pulau Ketam bagi meninjau sendiri laluan-laluan yang digunakan oleh ahli sindiket bagi membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) serta penyeludupan kontraban.

Tinjauan juga dilakukan untuk melihat jeti-jeti haram yang dibina di sekitar lokasi tersebut.

Hadir sama Timbalan Komander (Operasi/Risik) PPM, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, ACP Fauzilan Abdul Aziz, Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 1, Pelabuhan Klang, DSP Hazri Zakaria dan para pegawai kanan PPM.

Jurugambar: PDRM RMP TV

Mungkin imej 3 orang dan teks

Mungkin imej 1 orang, ambulans dan teks yang berkata 'K PDRM'

Mungkin imej 2 orang dan teks

Mungkin imej 8 orang dan teks

Mungkin imej 7 orang dan teks

Mungkin imej 6 orang

Mungkin imej 6 orang dan teks

Mungkin imej 4 orang

Mungkin imej 3 orang, bot dan teks

Mungkin imej 2 orang dan bot


ArtikelDiterbitkan 10 Jan 2024 1.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM