Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Hadir Sebagai Panel Forum Perdana Ehwal Islam Edisi Khas Merdeka

Published: 23 Aug 2024 6.54 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Petaling Jaya, 23 Ogos 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay malam tadi diundang sebagai panel bagi Forum Perdana Ehwal Islam Edisi Khas Merdeka yang diadakan di Masjid Kolej Islam Malaya, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-sebagai-panel-forum-perdana-ehwal-islam-edisi-khas-merdeka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:50 MYT
Petaling Jaya, 23 Ogos 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay malam tadi diundang sebagai panel bagi Forum Perdana Ehwal Islam Edisi Khas Merdeka yang diadakan di Masjid Kolej Islam Malaya, di sini.

Forum anjuran Masjid Kolej Islam Malaya yang menyentuh tajuk "Perjuangan Selepas Merdeka" turut menampilkan Timbalan Mufti Pahang, Sahibus Samahah Dato' Hj. Badli Shah Alauddin sebagai panel dan Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor, Ustaz Mohd Azlan Jaafar sebagai moderator.

Pengisian forum tadi menyentuh kepentingan menyemai semangat kemerdekaan dalam kalangan anak muda dan peranan pihak berkuasa untuk mempertahankan prinsip rukun negara. Selain itu, forum turut mengupas berkenaan musibah yang boleh berlaku dalam negara sekiranya gejala dadah dan rasuah tidak ditangani secara tuntas.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly, barisan Ketua Bahagian, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya serta ahli-ahli kariah masjid.

Jurugambar: PDRM RMPTV

May be an image of 12 people and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 6 people and dais

May be an image of 1 person and dais

May be an image of 4 people and text

May be an image of 7 people and dais

ArticlePublished 23 Aug 2024 6.54 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM