Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Hadir Sebagai Panel Forum 360 Sempena Merdeka

Published: 29 Aug 2025 1.21 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 29 Ogos 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah hadir sebagai panel jemputan dalam Forum 360° Sempena Merdeka yang berlangsung di Masjid Mu’adz Bin Jabal, Setiawangsa, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-sebagai-panel-forum-360-sempena-merdeka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:40 MYT
Kuala Lumpur, 29 Ogos 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah hadir sebagai panel jemputan dalam Forum 360° Sempena Merdeka yang berlangsung di Masjid Mu’adz Bin Jabal, Setiawangsa, di sini, semalam.

Forum bertajuk “Keamanan Negara: Tanggungjawab Bersama” turut menampilkan Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali Mohd Adnan sebagai panel manakala Ustaz Ahmad Shadan Al-Hadrami bertindak sebagai moderator.

Perbincangan forum menekankan bahawa keamanan negara yang dikecapi pada hari ini adalah hasil pengorbanan pejuang terdahulu serta usaha berterusan semua pihak dalam mengekalkan keharmonian.

Selain itu, perbincangan turut menyentuh berkenaan tanggungjawab menjaga keamanan bukan hanya digalas oleh pihak berkuasa atau pasukan keselamatan semata-mata, sebaliknya merupakan amanah bersama yang perlu dipikul oleh seluruh lapisan masyarakat.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 2 people and text that says 'KEA ΤΑΙ 28 HAM'

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 4 people, headscarf and text

May be an image of 8 people, dais and text
ArticlePublished 29 Aug 2025 1.21 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM