Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

TIMBALAN KPN HADIR SEBAGAI PANEL DALAM BICARA EKSEKUTIF INTEGRITI

Diterbitkan: 22 Dec 2025 8.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 19 Disember 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir memenuhi undangan sebagai salah seorang ahli panel dalam Bicara Eksekutif sempena Sambutan Hari Integriti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Tahun 2025 yang diadakan di Dewan Auditorium, Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-sebagai-panel-dalam-bicara-eksekutif-integriti-20251222
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:34 MYT
Putrajaya, 19 Disember 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir memenuhi undangan sebagai salah seorang ahli panel dalam Bicara Eksekutif sempena Sambutan Hari Integriti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Tahun 2025 yang diadakan di Dewan Auditorium, Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, di sini, pagi tadi.

Turut menjadi panel ialah Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Wira Anis Rizana Mohd Zainudin @ Mohd Zainuddin bersama Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia, Dato' Sri Dr. Akhbar Satar.

Forum yang bertemakan “Integriti Teras Kesejahteraan Negara” anjuran bersama Cawangan Integriti, Ibu Pejabat dan Persatuan Pegawai Kanan JKDM itu dikendalikan oleh Tuan Sayed Munawar Sayed Mustar selaku moderator.

Seusai forum dalam majlis yang sama, Tan Sri Ayob Khan turut menyaksikan gimik perasmian Buku Koleksi Kes Tatatertib JKDM yang bertajuk “Permata Menjadi Debu”, disusuli dengan penyampaian Anugerah Integriti Peringkat Ibu Pejabat JKDM.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of dais and text that says 'is Rizana YDH. DI D bin My stam aja 西 Sri Ayob Khan itchay im YBhg binA A Polis Negara ysia AV.W4107NIdV.EM M

May be an image of text

May be an image of dais and text that says 'yobKha yob Kha Polis (PDRA is Negar DATUK BINTI'

May be an image of dais and text

No photo description available.
ArtikelDiterbitkan 22 Dec 2025 8.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM