Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Sambutan Hari Integriti Nasional Peringkat Kdn Tahun 2023

Diterbitkan: 21 Nov 2023 8.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 21 November 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Sambutan Hari Integriti Nasional Peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2023 yang diadakan di Dewan Gemilang, Kompleks Setia Perkasa, di sini pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-sambutan-hari-integriti-nasional-peringkat-kdn-tahun-2023
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:49 MYT
Putrajaya, 21 November 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Sambutan Hari Integriti Nasional Peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2023 yang diadakan di Dewan Gemilang, Kompleks Setia Perkasa, di sini pagi tadi.

Tema sambutan pada tahun ini iaitu “Integriti Citra Malaysia Madani” sejajar dengan gagasan Malaysia Madani yang memperihalkan kerangka ikhtiar bagi mengembalikan martabat negara melalui teras pembangunan nilai etika dan akhlak masyarakat.

Majlis telah dimulakan dengan kata aluan oleh Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi sebelum ucapan dan seterusnya perasmian oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dato’ Sri Hj. Azam Baki.

Antara pengisian lain dalam majlis tadi ialah bacaan Ikrar Bebas Rasuah oleh semua hadirin dan diakhiri dengan dua slot ceramah bertajuk “Tidak Kepada Rasuah!” oleh panel jemputan, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed serta “Padah Bila Gagal Menyelia” oleh bekas KPN, Tan Sri Musa Tan Sri Hj. Hassan.

Hadir sama barisan Timbalan KSU, Setiausaha-setiausaha bahagian, Ketua-ketua jabatan dan warga KDN, jabatan serta agensi.

 
 
ArtikelDiterbitkan 21 Nov 2023 8.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM