Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Program Singgah Sahur Bersama Petugas Mpv Dan Urb Jpjkk

Diterbitkan: 30 Mar 2024 1.54 AM Dikemas kini: 13 Nov 2026 2.24 AM
Subang Jaya, 30 Mac 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay meluangkan masa hadir ke Program Singgah Sahur Bersama Petugas Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SUBANG JAYA, di sini, awal pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-program-singgah-sahur-bersama-petugas-mpv-dan-urb-jpjkk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 14/11/2026 22:49 MYT
Subang Jaya, 30 Mac 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay meluangkan masa hadir ke Program Singgah Sahur Bersama Petugas Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SUBANG JAYA, di sini, awal pagi tadi.

Ketibaan beliau di perkarangan IPD Subang Jaya telah disambut oleh Pengarah JPJKK, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad bersama Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussien Omar Khan sebelum dibawa menandatangani buku pelawat di Balai Polis USJ 8.

Dalam program tersebut, Dato' Sri Ayob Khan telah menyampaikan amanat kepada para petugas MPV dan URB untuk terus melaksanakan amanah yang diberi dengan penuh keikhlasan dan berintegriti tinggi.

"Sebagai khalifah di muka ini, kita memegang sejumlah amanah dan tanggungjawab yang diperintah serta ditaklifkan kepada kita. Sesungguhnya kita dituntut untuk melaksanakan tugas dengan penuh berintegriti.

"Walaupun dalam kesibukan melaksanakan tugas hakiki, jangan kita lena dan alpa untuk menunaikan ibadah wajib iaitu solat lima waktu kerana solat adalah tiang agama, ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau berasa bangga atas komitmen yang diberikan oleh para petugas kerana sanggup mengetepikan kepentingan diri, demi tugas terutamanya yang akan bertugas di hari lebaran nanti dan beliau mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan dari marabahaya.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Operasi) JPJKK Bukit Aman, DCP Dato' Azman Ayob, Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) JPJKK Bukit Aman, DCP Dato' Kumaran Karuppannan, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Spanco Sdn. Bhd., Dato' Azman Hj. Idris.

Jurugambar: PDRM RMP TV

Imej tidak tersedia

Imej tidak tersedia

Imej tidak tersedia

Imej tidak tersedia

Imej tidak tersedia

Imej tidak tersedia

Imej tidak tersedia

Imej tidak tersedia

Imej tidak tersedia

Imej tidak tersedia

Imej tidak tersedia

Imej tidak tersedia

Imej tidak tersedia
ArtikelDiterbitkan 30 Mar 2024 1.54 AMDikemas kini 13 Nov 2026 2.24 AM