Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Hadir Perhimpunan Bulanan Kdn

Published: 10 Feb 2025 9.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 10 Februari 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Auditorium, Kompleks Setia Perkasa, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-perhimpunan-bulanan-kdn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:42 MYT
Putrajaya, 10 Februari 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Auditorium, Kompleks Setia Perkasa, di sini, pagi tadi.

Perhimpunan anjuran Jabatan Sukarelawan Malaysia itu telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Datuk Seri Saifuddin Nasution dalam ucapannya menyeru agar perkhidmatan kerajaan dari segi "Artificial Intelligence" diperluaskan dan diwar-warkan kepada masyarakat dalam tempoh lima tahun pelan ekonomi negara sejajar dengan hasrat Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Dalam majlis sama, Dato' Sri Ayob Khan turut bersama-sama MDN dalam Pelancaran Kepengerusian ASEAN Tahun 2025 peringkat KDN yang menyaksikan Malaysia sebagai tuan rumah pada kali ini.

Yang turut hadir, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM serta barisan ketua pengarah jabatan dan agensi di bawah KDN.

Jurugambar: PDRM RMP TV

ArticlePublished 10 Feb 2025 9.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM