Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Perhimpunan Bulanan Kdn Anjuran Bersama Jppm

Diterbitkan: 23 Jul 2024 9.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 23 Julai 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan Julai yang berlangsung dekat Auditorium Setia Perkasa 8, Kompleks Setia Perkasa, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-perhimpunan-bulanan-kdn-anjuran-bersama-jppm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:46 MYT
 
Putrajaya, 23 Julai 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan Julai yang berlangsung dekat Auditorium Setia Perkasa 8, Kompleks Setia Perkasa, di sini.

Perhimpunan bulanan yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail adalah anjuran bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia - JPPM.

Hadir sama, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Khaw Kok Chin, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, barisan Timbalan KSU KDN, ketua-ketua agensi dan jabatan di bawah KDN.

Turut berlangsung tadi ialah pertandingan akhir Debat Ikon Belia KDN 2024 yang disertai seramai enam daripada 14 perantis muda dengan kemahiran, bakat, kepimpinan, kreativiti dan kebijaksanaan bagi merebut gelaran Ikon Belia KDN 2024.

Pertandingan yang julung kali diadakan menyaksikan saudara Ahmad Azri Abdullah telah dinobatkan sebagai Ikon Belia KDN 2024 serta berjaya membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai berjumlah RM10,000.00 bersama piala pusingan yang disampaikan oleh Datuk Seri Saifuddin. Saudara Ahmad Azri berjaya mengetepikan lima perantis akhir dalam siri pemilihan Ikon Belia KDN tahun 2024.

Sebagai penutup tirai majlis telah berlangsung juga Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat KDN yang disempurnakan oleh Datuk Seri Saifuddin.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 7 people, wedding and text

May be an image of 1 person

May be an image of 5 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 3 people and text
ArtikelDiterbitkan 23 Jul 2024 9.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM