Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Hadir Mesyuarat Penubuhan Agensi Tunggal Kawalan Sempadan Dan Pintu Masuk

Published: 11 Oct 2023 2.52 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Johor Bahru, 11 Oktober 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bagi Penubuhan Agensi Tunggal Kawalan Sempadan dan Pintu Masuk (‘Single Border Agency' - SBA) dekat Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-mesyuarat-penubuhan-agensi-tunggal-kawalan-sempadan-dan-pintu-masuk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:35 MYT
Johor Bahru, 11 Oktober 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bagi Penubuhan Agensi Tunggal Kawalan Sempadan dan Pintu Masuk (‘Single Border Agency' - SBA) dekat Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, petang tadi.

Kehadiran beliau di sini bersempena lawatan kerja rasmi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang meninjau situasi semasa di CIQ BSI, pagi tadi.

Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 2.30 petang itu telah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi bagi membincangkan perincian penstrukturan penubuhan SBA dalam mengawal selia sempadan negara dari segi keselamatan, kesihatan serta kawalan pergerakan keluar masuk sempadan di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Selain itu, penubuhan SBA turut melibatkan beberapa agensi lain yang berperanan mengikut kepakaran masing-masing seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) serta Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hadir sama, Setiausaha Bahagian (Perancangan Strategik) KDN, Puan Ainah Mohd Soon, Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Rospiagos Taha, Ketua Pengarah MAQIS, Tuan Shamsul Akbar Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah KDRM, Dato' Sazali Mohamad, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah dan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat.
Timbalan Kpn Hadir Mesyuarat Penubuhan Agensi Tunggal Kawalan Sempadan Dan Pintu Masuk
ArticlePublished 11 Oct 2023 2.52 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM