Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Mesyuarat Pasca Kabinet Kdn Bilangan 4 Tahun 2025

Diterbitkan: 18 Feb 2025 9.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 18 Februari 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bilangan 4 Tahun 2025 di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, tengah hari tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-mesyuarat-pasca-kabinet-kdn-bilangan-4-tahun-2025
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:55 MYT
Kuala Lumpur, 18 Februari 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bilangan 4 Tahun 2025 di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, tengah hari tadi.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu turut dihadiri Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua jam itu membolehkan Datuk Seri Saifuddin Nasution menyampaikan beberapa keputusan mesyuarat jemaah menteri kepada ahli mesyuarat di samping membincangkan isu-isu terkini yang melibatkan agensi dan jabatan di bawah KDN.

Hadir sama, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Awang Alik Jeman, barisan timbalan KSU KDN, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, DCP Dato’ Fadil Hj. Marsus, Ketua Penolong Pengarah (D9), Siasatan Khas, JSJ Bukit Aman, SAC Lim San Aik, barisan ketua jabatan dan agensi di bawah KDN.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 12 people, people studying and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 10 people, people studying, crowd and text


ArtikelDiterbitkan 18 Feb 2025 9.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM