
Putrajaya, 14 Ogos 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Krisis Keselamatan Siber (JKPS) yang diadakan di Dewan Persidangan ICU, Bangunan Perdana Putra, di sini, pagi tadi.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Antara input yang dibincangkan merangkumi aspek teknologi dan digitalisasi, pelaksanaan amalan cyber hygiene secara menyeluruh di setiap kementerian dan agensi selaras dengan kepantasan transformasi digital. Perkara lain yang turut dibicangkan ialah peningkatan ancaman siber yang kini semakin pantas dan canggih.