
Article
Timbalan Kpn Hadir Mesyuarat Jawatankuasa Khas Tangani Kesesakan Di Tambak Johor Bilangan 1 2025
Kuala Lumpur, 3 Mac 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kes...
Kuala Lumpur, 3 Mac 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kesesakan di Tambak Johor Bilangan 1 Tahun 2025 yang berlangsung dekat Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, pagi tadi.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato' Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof itu turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama barisan kepimpinan tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta agensi di bawahnya.
Antara inti pati mesyuarat tersebut adalah membincangkan berkaitan perancangan perolehan pemasangan mesin kod respons pantas (QR) di Bangunan Sultan Iskandar serta Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor.
Turut hadir, Menteri Komunikasi, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, barisan timbalan menteri, Menteri Besar Johor, Dato' Onn Hafiz Ghazi, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik Jeman dan barisan ketua agensi kerajaan.