Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Majlis Sambutan Hari Pekerja Dan Jalinan Kasih Silaturahim Cuepacs Tahun 2025

Diterbitkan: 02 May 2025 7.46 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.04 PM
Kuala Lumpur, 2 Mei 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Pekerja dan Jalinan Kasih Silaturahim Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Tahun 2025 yang diadakan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-majlis-sambutan-hari-pekerja-dan-jalinan-kasih-silaturahim-cuepacs-tahun-2025
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:16 MYT
Kuala Lumpur, 2 Mei 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Pekerja dan Jalinan Kasih Silaturahim Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Tahun 2025 yang diadakan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, di sini, pagi tadi.

Majlis anjuran CUEPACS itu telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Sri Abdul Rahman Mohamad dan dihadiri oleh wakil kementerian dan jabatan serta pelbagai agensi dalam perkhidmatan awam.

Majlis dimulakan dengan kata aluan oleh Timbalan Presiden II CUEPACS, Tuan Azman Shah Ahmad Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengajur dan diikuti ucapan Presiden CUEPACS, Dato’ Dr. Hj. Adnan Mat sebelum disusuli ucaptama oleh Dato' Sri Abdul Rahman.

Antara pengisian dalam majlis tadi ialah bacaan ikrar oleh semua hadirin dan penyampaian Anugerah Hari Pekerja 2025 mengikut kategori masing-masing.

Dalam majlis tersebut telah menyaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Dato' Jana Santhiran Muniayan telah menerima Anugerah Majikan Prihatin Peringkat Persekutuan CUEPACS bagi tahun ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Azman Mohd Yusof dan ahli-ahli CUEPACS.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 13 people, dais and text

May be an image of table and text that says 'IAK PDR t'

May be an image of 9 people and text

May be an image of 15 people and text

May be an image of 10 people and wedding


ArtikelDiterbitkan 02 May 2025 7.46 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.04 PM