Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Majlis Sambutan Hari Pekerja Cuepacs Tahun 2024

Diterbitkan: 02 May 2024 8.45 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.16 PM
Shah Alam, 2 Mei 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menghadiri Majlis Sambutan Hari Pekerja Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Tahun 2024 yang diadakan di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-majlis-sambutan-hari-pekerja-cuepacs-tahun-2024
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:08 MYT
Shah Alam, 2 Mei 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menghadiri Majlis Sambutan Hari Pekerja Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Tahun 2024 yang diadakan di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor, di sini, pagi tadi.

Majlis anjuran CUEPACS itu telah dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, Tuan Steven Sim Chee Keong dan dihadiri oleh wakil kementerian dan jabatan serta pelbagai agensi dalam perkhidmatan awam.

Majlis dimulakan dengan kata aluan oleh Timbalan Presiden II CUEPACS, Tuan Azman Shah Ahmad Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengajur dan diikuti ucapan Presiden CUEPACS, Dato’ Dr. Hj. Adnan Mat sebelum disusuli ucaptama oleh Tuan Steven Sim Chee Keong.

Antara pengisian dalam majlis tadi ialah bacaan ikrar oleh semua hadirin dan penyampaian Anugerah Hari Pekerja 2024 mengikut kategori masing-masing.
Dalam majlis tersebut telah menyaksikan bekas Timbalan Presiden II CUEPACS, Tuan Hj. Zainal Ismail telah menerima Anugerah Tokoh Hari Pekerja CUEPACS bagi tahun ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato’ Sasikala Devi Subramaniam serta Presiden Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia, Encik Anuar Mamat.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 13 people, dais and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 5 people, dais and text that says 'Oam utan HARI pie ERJA CUEPACS: 20 @HNM @H/1 K D CUEPA DIMATI'

May be an image of 8 people, dais and text

May be an image of 6 people and dais


ArtikelDiterbitkan 02 May 2024 8.45 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.16 PM