
Artikel
Timbalan Kpn Hadir Majlis Ramah Mesra Timbalan Mdn Bersama Warga Kdn Di Kluang Johor
Kluang, 22 September 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay ke Majlis Ramah Mesra Timbalan Menteri Dalam Nege...
Kluang, 22 September 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay ke Majlis Ramah Mesra Timbalan Menteri Dalam Negeri (MDN) Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Johor yang berlangsung di Dewan Seri Siantan, Penjara Kluang, di sini, tengah hari tadi.
Ketibaan beliau telah disambut oleh Timbalan Ketua Polis Johor, DCP Afandi Senin bersama pucuk pimpinan KDN kira-kira jam 11.30 pagi. Dato’ Sri Ayob Khan berkesempatan beramah mesra bersama warga KDN sementara menunggu ketibaan Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
Majlis diadakan bertujuan mendedikasikan dan mengiktiraf sumbangan serta pengorbanan warga KDN menerusi pemerkasaan keperluan penugasan setiap agensi di bawah kementerian tersebut.
Usai majlis, Dato’ Sri Ayob telah mengiringi Timbalan MDN melawat Penjara Wanita Kluang di samping menyantuni dan beramah mesra bersama para penghuni pusat terbabit.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Pengarah Imigresen Negeri Johor, Dato’ Hj. Mohd Rusdi Mohd Darus, Pengarah Bahagian Korektif Jabatan Penjara Malaysia, KP Hafidz Othman serta pegawai-pegawai kanan dan warga agensi KDN.
Jurugambar: Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.