Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Majlis Perasmian Penutup Bulan Pertahanan Awam Tahun 2025

Diterbitkan: 08 Apr 2025 1.30 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.06 PM
Kajang, 8 April 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Perasmian Penutup Bulan Pertahanan Awam Tahun 2025 bertempat di Dewan Tun Perak, Ibu Pejabat Pertahanan Awam, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), di sini petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-majlis-perasmian-penutup-bulan-pertahanan-awam-tahun-2025
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:56 MYT
Kajang, 8 April 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Perasmian Penutup Bulan Pertahanan Awam Tahun 2025 bertempat di Dewan Tun Perak, Ibu Pejabat Pertahanan Awam, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), di sini petang tadi.

Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri I (TPM) merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Hadir sama, TPM II merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof, Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong dan Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed.

Terdahulu, Dato’ Sri Ayob Khan bersama tetamu kehormat mengiringi Dato’ Seri Ahmad Zahid melawat ke reruai-reruai yang menyediakan pelbagai juadah hari raya, di samping menyantuni dan beramah mesra dengan warga kerja APM.

Dalam majlis sama, Dato’ Seri Ayob Khan turut menyaksikan Penganugerahan Bintang APM, Penyampaian Watikah Pegawai Kehormat Bersekutu, selain Pelancaran Sayap Pertahanan Awam Luar Negara dan Pelancaran Sistem Aplikasi Pengurusan Pegawai Kehormat / Bersekutu APM.

Turut hadir, barisan Ketua Setiausaha Kementerian.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of ‎6 people and ‎text that says '‎ARE BUF BPA Mayte Perasmien menigar Sambuton BULAN PERTAHANAN AWAM TAHUN 2025 แต์ BPA SPA Ol

May be an image of 11 people

May be an image of 9 people and text

May be an image of 13 people and dais

May be an image of 5 people and text


ArtikelDiterbitkan 08 Apr 2025 1.30 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.06 PM