
Artikel
Timbalan Kpn Hadir Majlis Perasmian Pembukaan Arcc 2024
Langkawi, 23 Januari 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati hadir ke Majlis Perasmian Pembukaan...
Langkawi, 23 Januari 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati hadir ke Majlis Perasmian Pembukaan Persidangan Koreksional Rantau Asia Tenggara (ARCC) 2024 yang membuka tirainya Ahad lepas di Akademi Koreksional Malaysia, di sini.
Bertemakan "Transforming Correction", persidangan yang berlangsung selama tiga hari bermula 21 Januari hingga petang ini telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Selain Malaysia sebagai tuan rumah, delegasi dari sembilan negara ASEAN termasuk Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, Brunei, Vietnam, Laos dan Kemboja turut menyertai persidangan ini.
Penganjuran ARCC 2024 ini antaranya bagi membincangkan isu pemulihan para banduan selain, mengeratkan hubungan dua hala antara pengurusan penjara-penjara di ASEAN.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Ketua Pengarah Penjara, Komisioner Jeneral Penjara Datuk Hj. Nordin Hj. Muhamad dan Ketua Polis Kedah, CP Dato' Fisol Salleh.
Jurugambar: PDRM RMP TV